Tuesday, August 26, 2008

Popscene #2

"Hah,korang ni jadi jamm ke tidak ni?Ni dah pukul berapa?Pukul 3 ni kang ada band lain nak main ni."Tanya John Lemmon,tuan punya studio jamming Yellow Submarine.

"Eh,jadi bang..Tunggu sorang lagi ni tak sampai lagi"Jawab Damon Albarn sambil tersengih macam kerang busuk.

"Ah,ikut korang le..tapi pukul 3 kena stop.Ada orang lain dah booking.."Tegas John Lemmon.

"Budak-budak zaman sekarang ni,disiplin takde langsung..Zaman aku dulu,jamming pukul 2,pukul 12 datang.Ini korang..Heish,macam mana la nak maju dalam bidang muzik.."Bebel John lagi sambil ejas kepala tali pinggang tengkoraknya.Entah menda stail.Kata minat John Lennon,tapi pakai tali pinggang kepala bukan-bukan.Buat malu John Lennon je.

"Aku masuk dulu.Kang dah ready panggil aku kat dalam."Pesan John sebelum masuk ke ofisnya.

"Ah kecoh.Baru ada studio koman macam ni pun dah berlagak.Tunggu la aku kaya nanti..Aku sewa 10 jam,pastu kasi budak skinhead main.Biar jahanam barang dia."Ujar Graham Coxon seakan berbisik.Perlahan betul.

"Ceh,orang tu dah masuk baru berani.Depan-depan tak nak kabor.Piiraahh!"Perli Dave Rowntree.

"Bodo,aku saja malas,bukan takut..Yang si Alex ni pun satu.Dah pukul 2 suku tak sampai-sampai.Buat hal betul le..Kau dah inform semalamkan Damon?"

"Aku siap dah call rumah dia tadi.Cakap set je."Balas Damon sambil mulut kumat-kamit baca lirik yang dia tulis dekat rumah tadi.

"Janji orang putih betul!"marah benar gayanya Graham.

"Haa,tu!tu!"Celah Dave sambil menjuih-juihkan bibirnya ke arah pintu studio(Pintu studio tu lutsinar.Nampak luar).Buruk benar rupanya.Macam platipus.

Dari kejauhan,kelihatan Alex James berlari-lari anak menuju pintu studio.

"Sori geng..Bapak gua lambat pulak balik dari balai(bapak Alex ni kerja bomba).Tu yang lambat dapat motor tu..Sori,sori.."Alex beri penjelasan tanpa dipinta.

"Ah,dah,dah..Jom masuk.Dah lambat ni!Aku dah tak sabar nak main "You Really Got Me" ni"Damon gayanya dah tak menyempat.

"Haa,Alex.Lu lambat lu pergi inform Abang John lu tu kita dah ready ni!"Graham bagi arahan macam abang-abang.

"Orait bos!"Balas Alex dengan nada berseloroh.Sikit pun tak melawan.Orang salah macam tu le.

Monday, August 25, 2008

Popscene #1

Malam sudah semakin larut.Tapi Brett masih belum dapat tidur.Dari pukul 11 tadi dia cuba tidur,namun tak berhasil.Sekarang sudah jam 130 pagi,tapi matanya masih terkebil-kebil memandang siling.Sekejap dia berpaling ke kanan.Sekejap ke kiri.Sesekali dia cuba juga posisi meniarap.Pun tak pergi.Entah kenapa malam ni susah benar dia mahu tidur.

"Ah,tak boleh jadi ni.."getus hati Brett.

Brett bangun dari pembaringan.Dalam keadaan gelap pekat itu,dia bertatih ke meja kecil hujung biliknya.Hanya cahaya bulan yang menerangi bilik kecilnya.Brett malas nak buka lampu.Membazir.

"Mana pulak rokok ni?"

Brett teraba-raba mencari kotak rokoknya.Meja tu betul berselerak.Penuh dengan benda yang tak sepatutnya ada.Buku-buku rujukan kolej dekat situ,cd-cd dengan kaset pun dekat situ,tin-tin minuman ringan dua minggu lepas pun ada kat situ.Helmet motor pun ada.Pendek kata semua benda Brett letak atas meja tu.Yang takde pisau rambo dengan spanar 12 je.

"Haa,ada pun...Eh!pukimak,ni apa!"Maki Brett sambil mencampakkan kotak kaset "Young Americans" itu kembali ke atas meja.

"Haa,ni baru betul..!"

Brett periksa kandungan kotak rokok Lucky Strikenya.

"Gampit,tinggal dua batang je..Ni Mat la tadi ni pow ni.Rokok ada nak pow gua juga.."Hati Brett serkap jarang Mat Osman.

Lepas nyala rokok,Brett berjalan menuju ke tingkap.Dari situ dia melihat keadaan luar apartmennya.Jalanraya legang.Tiada satu kereta pun lalu lalang.Makwe apatah lagi.Deretan kedai diseberang jalan itu pun semua sudah tutup.Tiada satu pun yang masih buka.Suasana pulak senyap sunyi.Hanya sesekali terdengar bunyi Charles,orang gila yang tidur diatas bangku depan Restoran Peter itu batuk kung kang kung kang.Ikutkan hati Brett,nak je dia turun kasi ubat batuk.Tapi Charles tu bukan boleh dibuat baik.Baru nak dekat,dah dihambat dengan botol beer pecah separuhnya.Yang peliknya polis tak pulak nak tangkap si Charles ni.Takkan Charles ni pun pandai main rasuah?Betul tak boleh harap polis Chichester ni.

Pekan Chichester memang begini.Pukul 10 malam sudah mati.Sudah tiada apa yang hendak dikecap lagi.Tiada kelab-kelab malam atau disco di pekan ini.Budak-budak muda macam Brett ni nak enjoy pun takde tempat.Paling kuat pun 7 eleven,yang letaknya kira-kira dua blok dari apartmen Brett.Itu pun tak berapa sangat pengunjungnya.Satu malam kalau dapat lima pelanggan pun dah cukup baik.Itu pasal la kena rompak je memanjang.Entah siapa punya akal bukak 7 eleven kat situ,Brett pun tak tahu.Tapi apa gila nak enjoy kat 7 eleven?Budak-budak Hampshire pun tak begitu.

Sudah puas melayan jalan,Brett kembali ke katilnya.Dia duduk di bucu katil sambil mata tepat memandang poster The Smiths dibelakang pintu biliknya.

"Satu hari nanti,gua mesti jadi macam lu Morrissey.."Bisik Brett Anderson perlahan-lahan sambil menghembus asap rokok ikut hidung.Peh,dapat juga Brett buat bulat..


Monday, August 11, 2008

Indie rock n roll for me!

'Memang best gila..rugi kau tak pergi.Macam-macam band ada.Tapi Butterfingers memang boring gila.Bersajak la,bersyair laa..peh,memang tak boleh blah!'

-Mamat member lama yang sekarang dah jadi budak 'indie' kononnya.

*Kalau Butterfingers pun dah jadi lagi koman dari band kononpunkrocksangatyangvokalisgemuktu,memang dah sampai masa gua bersara dari pergi gig 'indie' tak tentu hala ni.
*Celaka!memang sawan nak mampus album baru Butterfingers ni.Terbang beb!

Thursday, August 7, 2008

Gladiator,Gladiator jugak...tapi

Satu malam,macam biasa,gua dengan Aar dah takde menda sangat nak buat dekat rumah buat keputusan untuk pecut ke mamak kegemaran untuk pekena sepam.Kitorang gerak berdua je.Yela,senang sikit nak berborak hati ke hati.Mana tau kot-kot Aar ada nak luah perasaan pasal makwe sekelas dia yang dia minat dalam diam.Untung-untung ada team makwe baru balik futsal join sekali table kitorang sebab table lain dah penuh.Peh!kodi betul angan-angan.

Kitorang pilih table luar.Udara segar dan saujana mata memandang.Apa gila lepak dalam.Betul punya melanggar etika lepak tu.Tv pulak time tu tengah tayang cerita Gladiator.Molek benar le.Koman-koman boleh bawak balik spirit Gladiator tu ke kelas esok.

Lebih kurang setengah jam berborak pung pang pung pang sambil mata ke tv,datang tiga kutu duduk depan table kitorang.Gaya macam student lagi.Tapi yang sorang tu gaya pengurus bank pun ada.Tapi kalau dah baju persatuan ping pong UKM,sah-sah la student.Selepas order,salah seorang kutu tu bangun menuju ke kaunter.

*******************
"Steady betul Maximus ni.Ini kalau versi melayu ni,gua ingat mamat iklan Sheldtox tu ngam jadi dia"cadang gua.

"Ceh,mana ngam.Watak gini yang ngamnya Azli Senario tuh!"Aar berseloroh.

"Taik lu!"

Tiba-tiba,kerusi sebelah gua ada orang tarik.Lepas tu terus ada orang duduk.

"Takde pulak Pall Mall 14,terpaksa beli 20"Orang tu bersuara sambil bukak rokok dan mata pandang ke tv.

Gua terkedu.Ini mamat meja depan tadi.Member Aar kot.Gua pandang Aar.Aar buat-buat keras pandang tv.Tadi bukan main rancak berlawak.Suasana betul hening.Tapi sayup-sayup ada bunyi orang ketawa.

"Alaaa..Ini ceritaa yanng...Eeeeeeeeeehhhhhhhhh!!"

Mamat tu jadi macam terlompat sikit dari kerusi.Betul komedi aksi dia.Meja depan tu gua tengok dah gelak macam kena sakat dek hantu.Mamat tu tanpa kata sori terus bangun balik ke meja dia.Gua time tu dah macam kena geletek.Buruk-buruk muka tahan gelak.Aar masih maintain serius pandang tv.Macam takde benda jadi.Entah mende rahsianya.Tapi gua tahu,dia tak sabar nak letup kat rumah tu kang.

Tuesday, August 5, 2008

Apekejadahdaripukul1trytidurtakbolehboleh?

Semalam gua balik Bangi dari Lipis.Kronologi perjalanan gua:

0345:Tunggu bas kat Batu 2.Gua bajet bas pukul 4,rupa-rupanya pukul 430.Betul pukimak.Baik gua layan Gila-Gila Remaja dulu kat rumah tadi.

0445:Bas Lin Siong baru sampai.Macam pukimak punya sardin.Dengan budak teknik balik asramanya,budak benta estet turun centrepointnya,cina penjom pergi tuisyennya.Gua berdiri betul-betul dekat tangga.Silap langkah,bas lap gua jatuh gaung.

0600:Baru sampai Raub.Bas central pulak pukul 630.Lagi sekali pukimak.

0630:Naik bas central.Orang tak berapa ramai sebab bas tu last sekali ke Kolumpo.Gua duduk seat belakang.Haram ada makwe dalam bas.Indon ada 5-6 orang.Entah nak pergi mana.Buat kacau kat Kolumpo barangkali.

0730:Bas berhenti kat Bentong loading orang.Gua time ni dah penat gila.Dah macam nak demam badan.Nak muntah pun ada rasa.Dah le tadi dari Raub ikut jalan lama.

0915:Baru sampai Pekeliling.Gua pecut ke tandas.Brengset,tutup pulak.Tak jadi kencing.Gua terus pecut ke Masjid Jamek.Sarip ada tunggu sana.Gua kena pergi rumah dia lagi ambik motor.Nak harap gua pergi sendiri-sendiri,memang tak reti.

0930:Jumpa Sarip kat Masjid Jamek.Naik putra pulak ke Dato' Keramat.

0950:Ingatkan bas pukul 1030,rupa-rupanya pukul 11.Pekena makan dulu kat area Dato' Keramat tu.Boleh tahan juga nasi goreng kampung orang indonesia ni.Banyak sotong.Apa kejadah makwe sorang pun takde area ni?

1100:Bas sampai.Penumpang ada la 4 orang termasuk gua dengan Sarip.Baik drebar bas tu hantar kitorang naik kereta dia je.Save minyak bas.

1115:Sampai Desa Pandan.Nak kena menapak pulak.Itu jam,tenaga gua dah abis.Dia guna yang reserve je dah.

1130:Peh,baru sampai rumah Sarip.Belum Bangi lagi.Bukak tv,ada Arsenal vs Real Madrid.Pekena dulu sepam.Betul punya tak guna Baptista ni ye?

1215:Dengan helmet takde visornya,badan macam baru naik gunungnya gua pecut juga balik ke Bangi naik motor.Esok ada kelas ni pukul 8.Betul dedikasi gua.Elok benar dijadikan teman lelaki.Makwe-makwe je tak tau.

1250:Setelah menunggang secara konsisten dengan kelajuan 60 km/j,gua sampai rumah Bangi.Dia punya lega mengalahkan Mr Os habiskan duit Rm 500 ribu.Ini memang gua nak mandi,lepas tu terus tido.Silap-silap,tertido masa tengah mandi.

0200:Gua tersengih-sengih depan pc layan gutterpost.

* Keseluruhan masa gua ambil dari Lipis ke Bangi hampir 9 jam.Pukimak apa?Lepas ni gua tekad nak kumpul duit beli helikopter.

Thursday, July 24, 2008

Sesekali gua teringat :3

"Kau nak kena terajang ke nak belanja aku burger?"

"Err..err,belanja burger bang.."

"Bagus,malam kang aku nak ada burger daging dua atas katil aku!"

-Perbualan gua dengan sorang senior dorm sebelah sekitar tahun 1999.Apa punya bodo?Takkan gua nak pilih makan terajang.Tapi badan dia betul besar.Ala-ala Sabree Fadhil.Kena penerajang,peeeh! juga..

Sesekali gua teringat :2

"Ah,boleh le menang,dia taruk simen dalam biji getah dia...Mana aci!!"

-Member sekelas gua sekitar tahun 1995 yang bengang setelah biji getah 'Kohuk tulang double' dia kalah dengan biji getah budak kelas sebelah.Padahal biji getah budak tu 'Gurkha' je.Tulang pun takde.Bergenang juga mata time tu.